Wednesday 18 April 2012

Mikroorganisma: Jenis-jenis organisma


1. Alga

Rupa bentuk: organisma unisel dan multisel

Saiz: 1µm hingga 10 000 µm

Habitat: kawasan lembap, berair dan bercahaya

Cara pemakanan: memiliki klorofil yang boleh sintesis makanan sendiri secara fotosintesis.

Cara pembiakan: pengkonjugatan dan belahan dedua.



2. Bakteria

Rupa bentuk: Merupakan organisma unisel (satu sel) dan dikelaskan mengikut bentuk. contohnya, bentuk sefera dalam kelas kokus, bentuk rod dalam kelas basilus, dan berpilin/berlingkar dalam kelas spirilum.

Saiz: 0.2µm hingga 2.0µm

Habitat: Udara, air, tanah, makanan, tumbuhan, haiwan dan organisma mati.

Cara pemakanan: Saprofit atau parasit

Cara pembiakan: Belahan dedua. Juga melalui sepora apabila keadaan tidak sesuai.



3. Kulat

Rupa bentuk: Organisma unisel seperti yis dan multisel seperti mukor.

Saiz: 10µm hingga 100µm

Habitat: kawasan lembap dan gelap

Cara pemakanan: saprofit dan parasit

Cara pembiakan: menghasilkan spora, kecuali yis iaitu secara pertunasan.



4. Protozoa

Rupa bentuk: organisma unisel, mikroorganisma terbesar

Saiz: 5µm hingga 250µm

Habitat: badan organisma, tanah dan kawasan berair.

Cara pemakanan: parasit dan daripada persekitaran.

Cara pembiakan: pengkonjugatan dan belahan dedua.


5. virus

Rupa bentuk: Bukan sel hidup yang tidak mempunyai nukleus, sitoplasma, membran sel dan dinding sel. Terdiri daripada lapisan protein dan bahan baka.

Saiz: Mikroorganisma paling seni kerana boleh melalui penapis porselin, iaitu berukuran antara 0.0006 µm hingga 0.4 µm.

Habitat: Dalam sel hidup, dan di luar sel hidup membentuk hablur.

Cara pembiakan: Secara replikasi 

 

Thursday 12 April 2012

Mikroorganisma: Pengenalan


DEFINISI MIKROORGANISMA

Ia sebenarnya berasal daripada perkataan Greek iaitu mikros yang membawa maksud kecil dan organismos bermaksud organisma.

Dalam erti kata lain, mikrob ialah organisma yang seni, biasanya terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar. Ia hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop.




Mikroorganisma termasuklah bakteria , fungus, protozoa, dan virus.