Wednesday 18 April 2012

Mikroorganisma: Jenis-jenis organisma


1. Alga

Rupa bentuk: organisma unisel dan multisel

Saiz: 1µm hingga 10 000 µm

Habitat: kawasan lembap, berair dan bercahaya

Cara pemakanan: memiliki klorofil yang boleh sintesis makanan sendiri secara fotosintesis.

Cara pembiakan: pengkonjugatan dan belahan dedua.



2. Bakteria

Rupa bentuk: Merupakan organisma unisel (satu sel) dan dikelaskan mengikut bentuk. contohnya, bentuk sefera dalam kelas kokus, bentuk rod dalam kelas basilus, dan berpilin/berlingkar dalam kelas spirilum.

Saiz: 0.2µm hingga 2.0µm

Habitat: Udara, air, tanah, makanan, tumbuhan, haiwan dan organisma mati.

Cara pemakanan: Saprofit atau parasit

Cara pembiakan: Belahan dedua. Juga melalui sepora apabila keadaan tidak sesuai.



3. Kulat

Rupa bentuk: Organisma unisel seperti yis dan multisel seperti mukor.

Saiz: 10µm hingga 100µm

Habitat: kawasan lembap dan gelap

Cara pemakanan: saprofit dan parasit

Cara pembiakan: menghasilkan spora, kecuali yis iaitu secara pertunasan.



4. Protozoa

Rupa bentuk: organisma unisel, mikroorganisma terbesar

Saiz: 5µm hingga 250µm

Habitat: badan organisma, tanah dan kawasan berair.

Cara pemakanan: parasit dan daripada persekitaran.

Cara pembiakan: pengkonjugatan dan belahan dedua.


5. virus

Rupa bentuk: Bukan sel hidup yang tidak mempunyai nukleus, sitoplasma, membran sel dan dinding sel. Terdiri daripada lapisan protein dan bahan baka.

Saiz: Mikroorganisma paling seni kerana boleh melalui penapis porselin, iaitu berukuran antara 0.0006 µm hingga 0.4 µm.

Habitat: Dalam sel hidup, dan di luar sel hidup membentuk hablur.

Cara pembiakan: Secara replikasi 

 

1 comment:

  1. What is a free spins bonus? - DrmCD
    What is a free spins 충청북도 출장마사지 bonus? 세종특별자치 출장샵 Casino Bonus FAQs and Guides Casino Bonus FAQs. FAQs and Guides. 부산광역 출장샵 Best Free Spins 하남 출장안마 Bonus: 10x playthroughs, 50x playthrough 통영 출장샵

    ReplyDelete