Thursday, 3 May 2012

Peranan mikroorganisma berfaedah


 
Mikroorganisma mempunyai kebaikan kepada benda hidup. Ianya disebut sebagai mikroorganisma berfaedah kerana keberadaannya memberikan faedah kepada hidupan tertentu.

Pereputan : bakteria dan kulat pengurai menguraikan tisu organisma mati kepada sebatian ammonium.

Perubatan : Antibiotik penisilindiekstrak daripada kulat untuk merawat penyakit sifilis dan gonorea. Insulin yang digunakan untuk merawat penyakit kencing manis dihasilkan oleh bekteria yang dimodifikasikan secara genetic. Selain itu, vaksin yang mengandungi patogen yang mati atau dilemahkan disuntik ke dalam badan seseorang untuk mencegah jangkitan penyakit.

Pencernaan makanan : salur makanan herbivor mempunyai bekteria dan protozoa yang menghasilkan selulase untuk mencerna selulosa. Contohnya anai-anai.

Pertanian : sebilangan mikroorganisma digunakan sebagai kawalan biologi untuk menghapuskan perosak tanaman.

Perindustrian : Yis menguraikan gula dan menghasilkan karbon dioksida yang menaikkan adunan roti lembut. Yis juga bertindak balas dengan soya untuk menghasilkan kicap. Selain itu, bakteria pengurai mereputkan tisu-tisu antara gentian dalam dalam batang jut dan rami dimana ianya boleh menghasilkan tali dan kain. Bakteria Lactobacillus bertindak ke atas susu mentah.

1 comment: